Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tiga Individu Termasuk Wanita Ditahan Jual, Palsukan Sijil Cuti Sakit

15/06/2026 08:56 PM

KUANTAN, 15 Jun (Bernama) -- Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan di sekitar Pekan hari ini kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual dan memalsukan sijil cuti sakit. 

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kesemua suspek berusia 30-an itu ditahan kira-kira 3 petang tadi selepas pihaknya menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) pada 10 Jun. 

Beliau berkata suspek yang ditahan berkerja sebagai mekanik, pemilik bengkel dan tukang cuci dengan kesemua mereka dipercayai bertindak sebagai orang tengah. 

Ad Banner
Ad Banner

Katanya, PKD menerima maklumat daripada seorang individu yang mendakwa telah membeli sijil cuti sakit daripada seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah bagi mendapatkan dokumen itu daripada sebuah klinik kerajaan dengan bayaran tertentu.

“Hasil siasatan awal mendapati sijil cuti sakit itu dipercayai dijual pada harga antara RM50 dan RM200 bagi setiap satu.

“Siasatan lanjut mendapati, pegawai perubatan yang namanya tertera pada sijil cuti sakit berkenaan juga mengesahkan bahawa beliau telah bertukar tempat bertugas sejak 2023 dan cop digunakan merupakan yang lama miliknya serta tidak digunakan lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd Zaidi memaklumkan siasatan lanjut mendapati kegiatan ini dipercayai dijalankan secara terancang dengan melibatkan individu yang bertindak sebagai orang tengah bagi mencari pelanggan dan mengurus penjualan sijil cuti sakit.

Selain itu, polis kini sedang mengesan suspek utama dipercayai seorang penjawat awam wanita yang bertugas di sebuah klinik dan berperanan sebagai pembekal sijil cuti sakit tidak sah. 

Katanya, kesemua suspek yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pekan esok bagi permohonan reman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 468 dan Seksyen 420  Kanun Keseksaan. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan