Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Raja Permaisuri Agong Perkenan Penganjuran Forum Intelektual Diraja Dengan Pendekatan Baharu

15/06/2026 11:15 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap kepimpinan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi membincangkan penganjuran ‘Forum Intelektual DiRaja’ yang bakal tampil dengan pendekatan baharu tahun ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan selama dua jam di Istana Bukit Serene, Johor Bahru itu memfokuskan kepada perancangan dan pengisian program-program ilmiah yang bakal dianjurkan menerusi kerjasama UTM dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Naib Canselor UTM Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim memaklumkan kepada Royal Press Office (RPO) bahawa agenda utama perbincangan tertumpu kepada penganjuran ‘Forum Intelektual DiRaja’ yang akan memberi tumpuan kepada penglibatan generasi muda serta komuniti bukan Islam.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau turut memaklumkan pengisian forum berkenaan akan memberi penekanan khusus terhadap aspek kesyumulan Islam serta peranannya dalam membentuk keharmonian masyarakat.

“Pendekatan tersebut mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda yang juga Canselor UTM terhadap masa depan dan pembentukan sahsiah generasi muda,” katanya.

Turut menghadap ialah Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ Hishamuddin Abd Rahim serta Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Pejabat Strategi dan Kesohoran UTM Prof Madya Dr Farhana Diana Deris.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan