Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Usaha Dekati Golongan Muda Diperkukuh Selaras Titah Sultan Nazrin

18/06/2026 02:31 PM

PUTRAJAYA, 18 Jun (Bernama) -- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memperkasakan usaha mendekati golongan muda selaras titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang mahu pemimpin agama memainkan peranan aktif dalam menangani ancaman ekstremisme dan maklumat palsu dalam era digital.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pihaknya menjunjung titah itu dan akan menjadikannya sebagai panduan dalam pelaksanaan program serta inisiatif berkaitan.

“Pada peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kami akan mengangkat dan menyahut pesanan dan seruan Sultan Perak dengan sebaiknya. Insya-Allah, kita akan mengarusperdanakan pesanan dan juga peringatan yang disampaikan,” katanya. 

Ad Banner
Ad Banner

Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Syarahan Perdana Tokoh Ma'al Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa 1448/2026 di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, Sultan Nazrin bertitah pemimpin agama perlu memainkan peranan lebih aktif mendekati golongan muda bagi menangani ancaman ekstremisme, maklumat palsu dan polarisasi yang semakin berleluasa dalam era digital.

Baginda bertitah golongan belia kini berhadapan pelbagai cabaran termasuk kebimbangan perubahan iklim, konflik, ketidaktentuan ekonomi, polarisasi digital serta kemerosotan kepercayaan terhadap institusi masyarakat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan