Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar, Isteri Ucap Takziah Kepada Nancy Atas Pemergian Suami

18/06/2026 09:36 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri atas pemergian suaminya, Datuk Kamil Misuari petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan agar Nancy dan seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat itu.

“Kami mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampuni segala dosa, diterima seluruh amal kebajikan dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya,” kata beliau.

Ad Banner
Ad Banner

Terdahulu, Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi satu kenyataan memaklumkan Kamil meninggal dunia di sebuah hospital di sini petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kuching, Sarawak esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

Allahyarham yang berusia 65 tahun berkahwin dengan Nancy pada 1985 dan dikurniakan tiga anak.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan