Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Armizan Tinjau Projek Penstabilan Bekalan Air Papar, Pantau Status Naik Taraf Infrastruktur

19/06/2026 05:28 PM

PAPAR, 19 Jun (Bernama) -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali hari ini meninjau status pelaksanaan beberapa projek penstabilan bekalan air di daerah itu bagi memastikan kemajuan projek berjalan mengikut perancangan dan mampu menangani isu bekalan air dihadapi penduduk setempat.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata lawatan itu diadakan susulan mesyuarat khas bagi mengetahui status pelaksanaan projek-projek penstabilan bekalan air di Papar yang berlangsung pada 15 Jun lepas.

“Dua projek sedang berjalan adalah naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon dari 40 juta liter sehari (JLH) kepada 80 JLH dan naik taraf muka sauk Kampung Kabang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata kedua-dua projek itu adalah antara usaha penting untuk meningkatkan kapasiti dan kecekapan sistem bekalan air di kawasan Papar yang berdepan peningkatan permintaan dari semasa ke semasa.

Dalam lawatan itu, Armizan turut meninjau keadaan di Loji EWSS dan Loji JETAMA Limbahau yang mengalami gangguan operasi akibat masalah kekeruhan air mentah dalam tempoh seminggu lepas.

Armizan berkata kedua-dua loji itu mengalami masalah nilai Unit Kekeruhan Nephelometric (NTU) air mentah di muka sauk sehingga memaksa operasi loji ditutup sementara pada tempoh tertentu.

“Saya juga meninjau keadaan di dua loji itu, yang dalam seminggu ini mengalami masalah NTU air mentah di muka sauk dan terpaksa ditutup sementara untuk tempoh tertentu sehingga keadaan air mentah mencapai standard boleh rawat,” katanya.

Beliau berkata pemantauan secara langsung di lapangan penting bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai cabaran dihadapi serta memastikan langkah penyelesaian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi menjamin bekalan air stabil kepada pengguna di Papar.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan