Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kejayaan WRUR Diukur Melalui Penyelesaian Masalah Rakyat - Ab Rauf

21/06/2026 10:15 AM

MELAKA, 21 Jun (Bernama) -- Kejayaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah program yang dilaksanakan, sebaliknya melalui keberkesanan menyelesaikan masalah rakyat dan memudahkan kehidupan mereka.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pendekatan WRUR memberikan fokus kepada penyelesaian isu sehingga peringkat akar umbi dengan memastikan setiap aduan rakyat didengar, direkod dan diambil tindakan tanpa mengira latar belakang atau kawasan.

"Pelaksanaan WRUR melibatkan 19 Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat ini, yang merekodkan kira-kira 4,027 aduan rakyat, dengan 2,633 aduan atau lebih 65 peratus daripadanya berjaya diselesaikan," katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Program WRUR Parlimen Kota Melaka, Kampung Kita di Telok Mas, di sini malam tadi.

Beliau berkata pencapaian itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan setiap isu yang dibangkitkan rakyat diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata Parlimen Kota Melaka ialah parlimen ketiga yang melaksanakan WRUR selepas Alor Gajah dan Hang Tuah Jaya.

Ab Rauf berkata sepanjang empat minggu pelaksanaan program itu, lebih 500 program berjaya dilaksanakan melibatkan lima DUN dengan manfaat dirasai lebih 200,000 penduduk setempat.

"Sebanyak 470 aduan diterima sepanjang pelaksanaan WRUR di Parlimen Kota Melaka, dengan 31 aduan berjaya diselesaikan dalam tempoh program berlangsung, manakala baki aduan sedang diproses mengikut bidang kuasa serta keutamaan pelaksanaannya.

"Apa yang lebih penting, semua aduan yang diterima tidak akan terhenti apabila program ini berakhir. Saya telah mengarahkan setiap agensi berkaitan untuk terus memantau dan menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan sehingga tindakan sebenar dapat dirasai oleh rakyat," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan