Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Anwar Ucap Tahniah Kepada Hakim Danish Muncul Juara GP Czech

21/06/2026 08:18 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelumba Moto3 negara Hakim Danish Ramli atas kejayaan meraih podium utama di Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno, hari ini.

"Tahniah Hakim Danish! Langkah masih panjang, terus cipta lebih banyak kejayaan," kata beliau menerusi hantaran di platform X.

Kejayaan pelumba berusia 18 tahun yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu, menamatkan penantian 10 tahun Malaysia untuk menyaksikan kemenangan wakil negara dalam saingan Moto3.

Ad Banner
Ad Banner

Kali terakhir Malaysia memenangi saingan Moto3 menerusi Khairul Idham Pawi pada GP Argentina dan GP Jerman musim 2016.

Kejayaan itu merupakan penampilan kedua Hakim Danish di podium musim ini, selepas mencuri tumpuan apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello di tempat ketiga, bulan lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan