PUTRAJAYA, 22 Jun (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Bangladesh, Dr Zubaida Rahman hari ini meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya, mengelilingi tasik untuk melihat bangunan ikonik sekitar Putrajaya dari atas bot.
Ketibaan beliau pada 9.30 pagi disambut oleh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.
Dr Zubaida meluangkan masa selama sejam beramah mesra dengan Dr Wan Azizah dan Hannah sambil menikmati pemandangan pusat pentadbiran negara.
Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman dan Dr Zubaida tiba di Malaysia pada malam Ahad untuk lawatan rasmi selama dua hari dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat antara kedua-dua negara, selain memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.
Lawatan atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan lawatan rasmi dua hala pertama Tarique ke luar negara sejak menyandang jawatan pada Februari 2026.
Bangladesh kini merupakan rakan dagang ke-28 terbesar Malaysia di peringkat global dengan jumlah dagangan bernilai RM12.18 bilion, selain menjadi rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Asia Selatan selepas India.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial