Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Cita Rasa Pembeli Barang Kemas Berlian Kini Berubah - BEON Diamond

25/06/2026 01:53 PM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pengguna kini lebih menekankan kepada kualiti, ketukangan dan reka bentuk apabila membeli barang kemas berlian, sekali gus mencerminkan perubahan cita rasa yang melangkaui asal usul batu permata berkenaan, menurut BEON Diamond.

Pengasas bersamanya, Gary Ng berkata pembeli hari ini mementingkan faktor seperti pensijilan, potongan, kejernihan, berat karat serta reka bentuk keseluruhan, berbanding sama ada berlian itu dilombong atau dihasilkan di makmal.

Beliau berkata pelanggan kini membuat keputusan pembelian berdasarkan kualiti, cita rasa dan daya tarikan keseluruhan sesuatu barang kemas.

Ad Banner
Ad Banner

“Pelanggan kini lebih mementingkan aspek pensijilan, kualiti potongan, kesesuaian reka bentuk dan ketukangan keseluruhan sebelum membuat pembelian,” katanya dalam satu kenyataan.

Ng berkata walaupun berlian yang dilombong masih mempunyai daya tarikan memandangkan ia kini jarang ditemukan, ciri tradisinya dan asal-usul semula jadinya, pengguna kini menilai berlian berdasarkan mutu, keaslian, ketukangan dan cita rasa. 

Beliau berkata berlian yang dihasilkan di makmal mempunyai sifat fizikal, kimia dan optik sepertimana berlian yang dilombong, hanya berbeza daripada cara ia dihasilkan.

Berlian yang dilombong terbentuk secara semula jadi di bawah permukaan bumi, manakala berlian yang dihasilkan di makmal menggunakan teknologi canggih.

Ng berkata bagi kebanyakan pembeli pada era moden, khususnya pasangan muda dan pembeli individu, berlian yang dihasilkan di makmal kini dilihat sebagai pilihan yang bermutu,  reka bentuk menarik selain memenuhi cita rasa peribadi.

Beliau berkata nilai sesuatu barang kemas bukan hanya terletak pada berlian itu semata-mata, sebaliknya ketukangan, kemasan dan reka bentuk turut menyumbang kepada daya tarikannya secara keseluruhan.

“Berlian ialah bahan, manakala barang kemas ialah hasil seni ketukangan. Apa yang menjadikan sesuatu rekaan itu kekal sepanjang zaman bukan hanya dari mana berlian itu berasal, tetapi bagaimana ia dizahirkan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan