Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PRN Johor: 15 Calon Bersama Isytihar Harta Secara Akuan Bersumpah

25/06/2026 02:45 PM

JOHOR BAHRU, 25 Jun (Bernama) -- Kesemua 15 calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan mengisytiharkan penyata harta, pendapatan dan perbelanjaan secara Akuan Bersumpah (SD).

Bersama dalam kenyataan memaklumkan calon juga akan menandatangani empat aku janji secara SD dan satu surat peletakan jawatan secara bersyarat termasuk aku janji bersetuju dengan bon penalti RM2 juta sekiranya melanggar perjanjian tidak lompat parti.

“Perincian mengenai penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan setiap calon akan dimuat naik ke laman sesawang Bersama untuk akses orang ramai bermula 10 malam esok,” menurut kenyataan itu. 

Ad Banner
Ad Banner

Selain pengisytiharan harta calon, Bersama juga akan mengisytiharkan penyata perbelanjaan dan sumber dana kempen PRN Johor setelah tempoh kempen berakhir.

Bersama memaklumkan majlis pengumuman calon bagi PRN Johor akan diadakan pada 8 malam esok di ruang parkir Paragon Market Place di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan