Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Terima Kunjungan Perpisahan Ulama Besar Gambia

26/06/2026 10:27 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan perpisahan ulama besar dari Gambia, Sheikh Muhammad Haydara Al-Jilani yang berada di negara ini sejak sebulan lalu bagi memimpin beberapa siri majlis ilmu dan zikir di seluruh negara.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, Anwar berkata pertemuan yang berlangsung bersempena Hari Asyura itu turut dimanfaatkan untuk memohon doa khas demi kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah, berkesempatan menerima kunjungan perpisahan daripada ulama besar Gambia, Sheikh Muhammad Haydara Al-Jilani, yang berada di Malaysia sejak sebulan lalu bagi memimpin beberapa siri majlis ilmu dan zikir di beberapa lokasi.

Ad Banner
Ad Banner

“Justeru, bersempena Hari Asyura yang juga jatuh pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, saya turut memohon agar Sheikh menitipkan doa buat kesejahteraan rakyat, keamanan negara serta semoga Malaysia terus dikurniakan rahmat, keberkatan dan perlindungan Allah SWT,” katanya.

Sheikh Muhammad Haydara berada di Malaysia bagi memenuhi beberapa siri majlis ilmu dan zikir sempena lawatan dakwah beliau di lokasi terpilih di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan