Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Banjir Di Selangor Makin Pulih, Perak Meningkat Sedikit Pagi Ini

28/06/2026 10:29 AM

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Situasi banjir di Selangor semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat permindahan sementara (PPS) berkurangan pagi ini manakala bilangan mangsa di Perak meningkat sedikit.

 Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) RTB Bukit Changgang menurun kepada 16 individu daripada 10 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 309 individu daripada 150 keluarga, malam tadi.

Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, mangsa yang masih berada di PPS melibatkan enam lelaki dan 10 perempuan termasuk dua bayi. 

Ad Banner
Ad Banner

Di PERAK, jumlah mangsa yang masih berlindung di PPS Dewan Bandaran Gopeng di daerah Kampar sejak 20 Jun lepas, meningkat sedikit kepada 52 orang daripada 16 keluarga berbanding 51 orang daripada 16 keluarga, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mereka ditempatkan di PPS berkenaan berikutan kawasan kediaman di Kampung Ulu Geruntum, Kuala Razila terputus hubungan susulan jambatan runtuh akibat kejadian kepala air.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan