PUTRAJAYA, 29 Jun (Bernama) -- Permohonan bagi Program Bantuan Geran “Startup Accelerator” (Uyarvu MADANI) dibuka mulai hari ini sehingga 5 petang, 13 Julai, menurut Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
MITRA memaklumkan permohonan itu terbuka kepada usahawan komuniti India daripada golongan B40 atau M40 dan menawarkan geran bermula RM20,000 hingga RM50,000.
“Sebanyak 700 usahawan disasarkan akan menerima geran Uyarvu MADANI dan sokongan pembangunan perniagaan untuk membantu usahawan permulaan meningkatkan daya saing dan mengembangkan perniagaan,” kata MITRA menerusi hantaran Facebook rasminya hari ini.
Menurut MITRA, permohonan akan ditutup lebih awal sekiranya menerima 1,500 permohonan atau apabila tamat tempoh permohonan, mengikut mana yang terdahulu.
Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi https://www.facebook.com/share/p/14fC3ivPqK4/.
Uyarvu MADANI adalah satu daripada enam inisiatif inisiatif baharu di bawah MITRA bagi 2026, melibatkan peruntukan keseluruhan RM65.5 juta.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial