KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan dakwaan mengeluarkan sebarang permohonan atau tawaran berkaitan perolehan kerja, pembekalan mahupun perkhidmatan melalui aplikasi media sosial.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius perkara itu selepas menerima aduan mengenai individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pegawai jabatan berkenaan untuk menawarkan urusan perolehan yang tidak wujud.
"Jabatan tidak pernah mengeluarkan sebarang permohonan atau tawaran seumpama itu melalui aplikasi media sosial seperti WhatsApp atau Telegram, mahupun melalui e-mel selain daripada e-mel rasmi jabatan," menurut kenyataan itu.
MetMalaysia turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dan menyarankan orang ramai yang menjadi mangsa atau menerima permohonan mencurigakan agar segera membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Semua urusan perolehan MetMalaysia dilaksanakan secara rasmi hanya melalui Sistem ePerolehan mengikut tatacara dan peraturan perolehan kerajaan yang berkuat kuasa.
"Orang ramai, syarikat dan pembekal dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta membuat semakan terlebih dahulu terhadap kesahihan sebarang tawaran atau permohonan yang dikaitkan dengan MetMalaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial