Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM, TPM Utus Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan Pemangku Sultan Johor

30/06/2026 04:28 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda hari ini.

Anwar menerusi hantaran di Facebook turut menitipkan doa agar Tunku Mahkota Ismail sentiasa dilimpahi rahmat, keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keafiatan yang berpanjangan serta rahmat dan lindungan-Nya kepada baginda.

Ad Banner
Ad Banner

"Patik mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan Duli Yang Amat Mulia Tunku keafiatan yang berpanjangan, sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya serta terus dikurniakan kebijaksanaan dalam memayungi Negeri Johor Darul Ta’zim dan Bangsa Johor," katanya menerusi hantaran di Facebook.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan