Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

96,013 Pelajar Tingkatan Enam Terima BAP, Libat Peruntukan RM14.4 Juta

09/07/2026 10:06 AM

PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Sebanyak 96,013 pelajar tingkatan enam terdiri daripada baharu serta sedia ada, telah dan akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 dengan jumlah peruntukan RM14.4 juta, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan pada tahun ini, sebanyak 52,810 pelajar tingkatan enam baharu di 616 Pusat Tingkatan Enam (PTE) di seluruh negara akan menerima BAP bernilai RM150 setiap seorang. 

“Agihan BAP kepada pelajar tingkatan enam baharu dilaksanakan oleh PTE dari 28 Jun sehingga 27 Julai.

Ad Banner
Ad Banner

“KPM meneruskan pelaksanaan agihan BAP kepada pelajar tingkatan enam baharu yang telah mendaftar pada 8 Jun selaras dengan kelulusan peluasan pemberian BAP kepada pelajar tingkatan enam sejak tahun lepas,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan peluasan pemberian BAP itu mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persediaan keperluan persekolahan. 

“Inisiatif ini juga membuktikan komitmen jitu kerajaan untuk terus memperkasakan pendidikan tingkatan enam,” menurut kenyataan itu.

Ad Banner

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan