<
span style="font-size:14px">Oleh Melati Mohd Ariff
Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 27 Ogos hingga pukul 11:59mlm 2 Sept 2022.
Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.78 juta kes. Di peringkat global, lebih 609 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.50 juta kes. Lebih 585 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.
Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Penularan COVID-19 dalam negara masih terkawal dengan petunjuk positif jumlah kes mingguan (27 Ogos-2 Sept) terus melandai kepada 15,796 berbanding 19,022 kes pada minggu sebelumnya (20 Ogos - 26 Ogos).
Untuk rekod, jumlah kes mingguan COVID-19 pada tiga minggu sebelum ini ialah 24,322 kes (13 Ogos -19 Ogos), 27,028 kes (6 Ogos -12 Ogos) dan 28,141 kes (30 Julai - 5 Ogos).
Bulan Ogos 2022 juga mencatat kes harian baharu terendah COVID-19 yang dilaporkan pada 29 haribulan iaitu 1,946 dan kes tertinggi pada 3 Ogos (5,330 kes). Kali terakhir kes di bawah dua ribu sebelum ini ialah pada 4 Julai sebanyak 1,918 kes.
Jumlah kes kematian untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (27 Ogos-2 Sept) juga menurun kepada 43 kes berbanding 61 kes untuk tempoh 20 Ogos - 26 Ogos. Kumulatif kes kematian negara kini 36,234.
Semalam (2 Sept), sebanyak 2,328 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan termasuk tiga (3) kes import.
Pelajar sekolah merakamkan gambar sekawan gajah ketika mengunjungi zoo pada perasmian Zoorama 2022 dan sambutan Hari Perbandaran Taiping ke-43 di Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59mlm 2 Sept 2022, tujuh (7) negeri mencatat kes tiga angka iaitu Selangor (715), WP Kuala Lumpur (415), Sabah (205), Perak (175), Sarawak (140), Negeri Sembilan (125) dan Melaka (109).
Negeri dengan kes dua angka ialah Kedah (87), Kelantan (76), Pulau Pinang (75), Johor (66), Pahang (55), WP Putrajaya (36) dan Terengganu (34).
Kes satu angka di WP Labuan (6) dan Perlis (9).
Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 27 Ogos hingga 2 Sept 2022:-
Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
27 Ogos (2,491), 28 Ogos (2,191), 29 Ogos (1,946), 30 Ogos (2,144), 31 Ogos (2,340), 1 Sept (2,356) dan 2 Sept (2,328).
Kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 20 Ogos hingga 26 Ogos 2022:-
20 Ogos (2,798), 21 Ogos (2,464), 22 Ogos (2,078), 23 Ogos (2,722), 24 Ogos (2,636), 25 Ogos (3,206) dan 26 Ogos (3,118).
Negara jiran Singapura turut melaporkan kes harian COVID-19 yang rendah berbanding sebelum ini yang mencecah sehingga lima angka, seperti berikut:-
27 Ogos (1,971), 28 Ogos (1,448), 29 Ogos (1,410), 30 Ogos (2,900), 31 Ogos (2,154), 1 Sept (2,044) dan 2 Sept (1,948).
Untuk tempoh Rangkuman ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya dua (2) kluster baharu dan kedua-duanya melibatkan kumpulan berisiko tinggi di Seremban, Negeri Sembilan iaitu Kluster Jalan Han Hui Foong 2 (10 kes) dan Kluster Jalan Tampin Lama 2 (23 kes).
Secara keseluruhannya, sebanyak 7,068 kluster dikesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 2 Sept sebanyak 25 kluster masih aktif.
Sebanyak 2,618 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 2 Sept 2022 dan kumulatif kes sembuh sebanyak 4,719,910 kes.
Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59mlm 2 Sept 2022 menunjukkan 29,761 kes (95.5 peratus) dikuarantin di rumah daripada 31,164 kes aktif.
Sebanyak 19 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,305 kes (4.2 peratus) di hospital; 35 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 44 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.
Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu
Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala
Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru
Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru
Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen
Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dengan sebanyak 4,787,308 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 26 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Austria (4,917,159) dan Ukraine (5,056,378).
Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun masih mencatat kes harian baharu tertinggi (153,313) diikuti Korea Selatan (89,528) dan Amerika Syarikat (61,850).
Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,072,672 kes.
SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA
Suasana meriah di Kompleks Sukan Setiawangsa yang dikunjungi orang ramai terutama kanak-kanak bagi mengisi masa sempena cuti persekolahan mereka dengan melakukan aktiviti renang. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kes sembuh:-
27 Ogos (3,715), 28 Ogos (3,796), 29 Ogos (3,271), 30 Ogos (2,549), 31 Ogos (2,502), 1 Sept (1,875) dan 2 Sept (2,618).
* kes kumulatif sembuh sehingga 2 Sept 2022 sebanyak 4,719,910.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-
27 Ogos (34,508), 28 Ogos (32,901), 29 Ogos (31,658), 30 Ogos (31,159), 31 Ogos (30,991), 1 Sept (31,463) dan 2 Sept (31,164).
Perincian kes harian baharu (2,328 kes) :-
*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 2 Sept 2022
*(+kes import)
Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM
Tiga angka -Tiga angka - Selangor 715 (+0), WP Kuala Lumpur 415 (+0), Sabah 204 (+1), Perak 175 (+0), Sarawak 139 (+1), Negeri Sembilan 125 (+0) dan Melaka 109 (+0).
Dua angka - Kedah 87 (+0), Kelantan 76 (+0), Pulau Pinang 75 (+0), Johor 65 (+1), Pahang 55 (+0), WP Putrajaya 36 (+0) dan Terengganu 34 (+0).
Satu angka - Perlis 9 (+0) dan WP Labuan 6 (+0).
Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-
27 Ogos - Kes baharu 2,491; Kes kumulatif 4,774,003; Kes import 0
28 Ogos - Kes baharu 2,191; Kes kumulatif 4,776,194; Kes import 1
29 Ogos - Kes baharu 1,946; Kes kumulatif 4,778,140; Kes import 1
30 Ogos - Kes baharu 2,144; Kes kumulatif 4,780,284; Kes import 3
31 Ogos - Kes baharu 2,340; Kes kumulatif 4,782,624; Kes import 2
1 Sept - Kes baharu 2,356; Kes kumulatif 4,784,980; Kes import 5
2 Sept - Kes baharu 2,328; Kes kumulatif 4,787,308; Kes import 3
Perincian kluster baharu seperti berikut:-
Rangkuman kluster pendidikan di Malaysia sepanjang 2 minggu (20 Ogos - 2 September 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
27 Ogos - tiada kluster
28 Ogos - tiada kluster
29 Ogos - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1)
• Kluster Jalan Tampin Lama 2 (Seremban, Negeri Sembilan) - 23 kes
30 Ogos - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1)
• Kluster Jalan Han Hui Foong 2 (Seremban, Negeri Sembilan) - 10 kes
31 Ogos - tiada kluster
1 Sept - tiada kluster
2 Sept - tiada kluster
Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,068 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (2 Sept), 25 kluster yang masih aktif.
Rekod kes kematian:-
*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.
27 Ogos - 5 (BID 1), 28 Ogos - 2 (BID 1), 29 Ogos - 8 (BID 0), 30 Ogos - 4 (BID 1), 31 Ogos - 6 (BID 1), 1 Sept - 9 (BID 3) dan 2 Sept - 9 (BID 3).
*Jumlah kes kematian sehingga 2 Sept sebanyak 36,234 kes.
STATISTIK GLOBAL COVID-19
Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus
Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 609,431,363 kes berbanding 604,892,165 kes pada minggu lepas dengan 6,501,243 kematian (jumlah kematian minggu lepas sebanyak 6,485,604 kematian). Sebanyak 585,685,001 kes sembuh dilaporkan berbanding 579,773,235 kes pada minggu lepas.
Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye.
Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-
Amerika Syarikat 96,572,566 (+61,850)
India 44,447,621 (+5,114)
Perancis 34,564,246 (+16,399)
Brazil 34,505,351 (+13,180)
Jerman 32,247,828 (+29,345)
United Kingdom 23,521,792 (+tiada maklumat)
Korea Selatan 23,417,425 (+89,528)
Itali 21,907,413 (+19,158)
Rusia 19,629,682 (+50,952)
Japan 19,092,657 (+153,313)
Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-
Vietnam di tangga 13 - 11,415,907 (+1,548)
Indonesia di tangga 19 - 6,366,518 (+3,616)
Malaysia di tangga 26 - 4,787,308 (+2,328)
Thailand di tangga 29 - 4,654,969 (+2,046)
Filipina di tangga 38 - 3,886,395 (+2,452)
Singapura di tangga 46 - 1,843,236 (+1,948)
Myanmar di tangga 84 - 615,399 (+84)
Brunei di tangga 111 - 202,245 (+tiada maklumat)
Laos di tangga 113 - 214,273 (+104)
Kampuchea di tangga 125 - 137,637 (+8)
-------------------------------------------------------------------------
LATAR BELAKANG COVID-19
-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).
-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.
-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.
-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.
-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.
-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).
-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.
-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
BERNAMA