<
strong>Oleh Melati Mohd Ariff
Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 3 Sept hingga pukul 11:59mlm 9 Sept 2022.
Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.80 juta kes. Di peringkat global, lebih 613 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.51 juta kes. Lebih 591 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.
Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Hanya 14,345 kes harian baharu COVID-19 dikesan untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (3 Sept-9 Sept) berbanding 15,796 kes untuk tempoh yang sama minggu sebelumnya (27 Ogos-2 Sept).
Setakat ini untuk bulan September, kes terendah dilaporkan pada 5 haribulan sebanyak 1,486 kes. Kes terendah dicatat pada bulan sebelumnya ialah sebanyak 1,946 pada 29 Ogos.
Semalam (9 Sept), sebanyak 1,990 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan termasuk dua (2) kes import.
Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59mlm 9 Sept 2022, empat (4) buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu Selangor (500), WP Kuala Lumpur (454), Sabah (183) dan Perak (177).
Kes dua angkadiaporkan di Sarawak (89), Johor (88), Negeri Sembilan (87), Pulau Pinang (85), Kedah (82), Melaka (68), Kelantan (66), Pahang (46), WP Putrajaya (32) dan Terengganu (18).
Kes satu angka di Perlis (8) dan WP Labuan (7).
Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 3 Sept hingga 8 Sept 2022:-
Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
3 Sept (2,244), 4 Sept (1,904), 5 Sept (1,486), 6 Sept (2,067), 7 Sept (2,428), 8 Sept (2,226) dan 9 Sept (1,990).
Kes harian baharu COVID-19 untuk minggu sebelumnya (27 Ogos-2 Sept) adalah seperti berikut:-
27 Ogos (2,491), 28 Ogos (2,191), 29 Ogos (1,946), 30 Ogos (2,144), 31 Ogos (2,340), 1 Sept (2,356) dan 2 Sept (2,328).
Negara jiran Singapura turut melaporkan kes harian COVID-19 yang rendah, seperti berikut:-
3 Sept (1,549), 4 Sept (1,309), 5 Sept (1,176), 6 Sept (2,745), 7 Sept (2,271), 8 Sept (2,169) dan 9 Sept (2,218).
Berkuatkuasa serta merta, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Rabu lepas (7 September) mengumumkan orang ramai tidak lagi diwajibkan memakai pelitup muka di tempat tertutup kecuali di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan.
Pemakaian pelitup muka di tempat tertutup kini adalah atas pilihan sendiri, namun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung memakai pelitup muka atau tidak.
Untuk tempoh Rangkuman ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan empat (4) kluster baharu iaitu satu (1) pada 5 September - Kluster Taman Bunga Raya (kumpulan berisiko tinggi) di Seremban, Negeri Sembilan dengan 13 kes; Satu (1) 7 September - Kluster Jalan Kemas Seri Iskandar (pendidikan) di Perak Tengah, Perak dengan 17 kes.
Terdapat dua (2) kluster pada 8 September - Kluster Jalan Bunga Tanjung (kumpulan berisiko tinggi) di Titiwangsa, WP Kuala Lumpur dengan 11 kes dan Kluster Jalan Dato Tabal (pendidikan) di Hulu Selangor, Selangor dengan 3 kes.
Secara keseluruhannya, sebanyak 7,072 kluster dikesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 8 Sept sebanyak 23 kluster masih aktif.
Sebanyak 2,016 kes sembuh COVID-19 dilaporkan dan kumulatif kes sembuh kini sebanyak 4,738,009 kes.
Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59mlm 9 Sept 2022 menunjukkan 26,007 kes (95.0 peratus) dikuarantin di rumah daripada 27,370 kes aktif.
Sebanyak 9 kes (0.0 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,287 kes (4.7 peratus) di hospital; 21 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 46 kes (0.2 peratus) di ICU memerlukan ABP.
Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu
Kelihatan pengunjung terutama golongan remaja merakam gambar kenangan di Taman KLCC sempena cuti persekolahan. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala
Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru
Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru
Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen
Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dengan sebanyak 4,801,653 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (4,804,982) dan Austria (4,945,050).
Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun masih mencatat kes harian baharu tertinggi (112,404) diikuti Korea Selatan (69,389) dan Rusia (52,106).
Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,075,338 kes.
SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA
Orang ramai terutama pelancong dari luar negeri mengisi masa lapang pada musim cuti persekolahan dengan beriadah bersama ahli keluarga serta rakan-rakan di Kampung Agong, Penaga, Kepala Batas. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kes sembuh:-
3 Sept (3,202), 4 Sept (3,138), 5 Sept (2,897), 6 Sept (2,279), 7 Sept (2,673), 8 Sept (1,894) dan 9 Sept (2,016).
*kes kumulatif sembuh sehingga 9 Sept 2022 sebanyak 4,738,009.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-
3 Sept (30,197), 4 Sept (28,961), 5 Sept (27,546), 6 Sept (27,328), 7 Sept (27,076), 8 Sept (27,400) dan 9 Sept (27,370).
Perincian kes harian baharu (1,990 kes):-
*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 9 Sept 2022
*(+kes import)
Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM
Tiga angka - Selangor 500 (+0), WP Kuala Lumpur 454 (+0), Sabah 183 (+0) dan Perak 177 (+0).
Dua angka - Sarawak 88 (+1), Johor 88 (+0), Negeri Sembilan 87 (+0), Pulau Pinang 85 (+0), Kedah 82 (+0), Melaka 67 (+1), Kelantan 66 (+0), Pahang (46 (+0), WP Putrajaya 32 (+0) danTerengganu 18 (+0).
Satu angka - Perlis 8 (+0) dan WP Labuan 7 (+0).
Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-
3 Sept - Kes baharu 2,244; Kes kumulatif 4,789,552; Kes import 4
4 Sept - Kes baharu 1,904; Kes kumulatif 4,791,456; Kes import 1
5 Sept - Kes baharu 1,486; Kes kumulatif 4,792,942; Kes import 2
6 Sept - Kes baharu 2,067; Kes kumulatif 4,795,009; Kes import 4
7 Sept - Kes baharu 2,428; Kes kumulatif 4,797,437; Kes import 2
8 Sept - Kes baharu 2,226; Kes kumulatif 4,799,663; Kes import 2
9 Sept - Kes baharu 1,990; Kes kumulatif 4,801,653; Kes import 2
Perincian kluster baharu seperti berikut:-
Rangkuman kluster pendidikan di Malaysia sepanjang 2 minggu (27 Ogos - 9 September 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
3 Sept - tiada kluster
4 Sept - tiada kluster
5 Sept - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1)
• Kluster Taman Bunga Raya (Seremban, Negeri Sembilan) - 13 kes
6 Sept - tiada kluster
7 Sept - 1 (pendidikan 1)
• Kluster Jalan Kemas Seri Iskandar (Perak Tengah, Perak)) - 17 kes
8 Sept - 2 (kumpulan berisiko tinggi 1 dan pendidikan 1)
• Kluster Jalan Bunga Tanjung (kumpulan berisiko tinggi), Titiwangsa, WP Kuala Lumpur - 11 kes
• Kluster Jalan Dato Tabal (pendidikan), Hulu Selangor, Selangor dengan 3 kes.
9 Sept - tiada kluster
Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,072 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (9 Sept), 23 kluster yang masih aktif.
Rekod kes kematian:-
*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.
3 Sept - 9 (BID 1), 4 Sept - 2 (BID 0), 5 Sept - 4 (BID 1), 6 Sept - 6 (BID 1), 7 Sept - 7 (BID 2), 8 Sept - 8 (BID1) dan 9 Sept - 4 (BID 0).
*Jumlah kes kematian sehingga 9 Sept sebanyak 36,274 kes.
STATISTIK GLOBAL COVID-19
Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus
Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 613,032,161 berbanding 609,431,363 kes pada minggu lepas dengan 6,514,558 kematian (jumlah kematian minggu lalu sebanyak 6,501,243 kes). Sebanyak 591,164,372 kes sembuh dilaporkan berbanding 585,685,001 kes sembuh pada minggu lepas.
Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye.
Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-
Amerika Syarikat 97,026,001 (+50,622)
India 44,488,468 (+8,123)
Perancis 34,682,193 (+19,087)
Brazil 34,563,920 (+14,005)
Jerman 32,422,084 (+tiada maklumat)
Korea Selatan 23,933,949 (+69,389)
United Kingdom 23,554,519 (+tiada maklumat)
Itali 22,020,154 (+15,542)
Rusia 19,960,295 (+52,106)
Japan 19,882,393 (+112,404)
Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-
Vietnam di tangga 13 - 11,435,472 (+3,644)
Indonesia di tangga 19 - 6,387,944 (+2,804)
Malaysia di tangga 27 - 4,801,653 (+1,990)
Thailand di tangga 29 - 4,665,347 (+1,191)
Filipina di tangga 38 - 3,901,033 (+2,313)
Singapura di tangga 46- 1,856,873 (+2,218)
Myanmar di tangga 84 - 616,401 (+191)
Brunei di tangga 111 - 223,059 (+tiada maklumat)
Laos di tangga 113 - 214,835 (+94)
Kampuchea di tangga 125 - 137,696 (+7)
-------------------------------------------------------------------------
LATAR BELAKANG COVID-19
-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).
-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.
-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.
-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.
-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.
-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).
-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.
-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
BERNAMA