COVID-19: Jumlah Kes Harian Baharu Minggu Pertama Oktober 11,017 Kes

<
span style="font-size:14px">Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 1 Okt hingga 7 Okt 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.85 juta kes. Di peringkat global, lebih 626 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.55 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 605 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 11,017 kes harian baharu COVID-19 dilaporkam untuk tempoh minggu pertama Oktober 2022 dengan angka kes harian berada bawah paras 2,000 kes.

Semalam (7 Oktober), sebanyak 1,788 kes dilaporkan termasuk enam (6) kes import dan tiga (3) kes kematian.

Kumulatif kes COVID-19 Malaysia kini sebanyak 4,851,896 kes dan setakat semalam (7 Oktober), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes aktif COVID-19 sebanyak 23,877 dan 95.7 peratus (22,859 kes) dikuarantin di rumah.

Peserta berbasikal menyertai Kayuhan Terengganuku Comey 2.0 sempena Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Negeri Terengganu di Pantai Batu Burok. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes terendah untuk Oktober setakat ini adalah 1,244 (3 Okt) berbanding 1,186 yang dicatat pada 26 Sept.

Menurut data KKMNOW yang dikemaskini pada pukul 08:18 pagi 8 Okt 2022, daripada 1,788 kes semalam, lima (5) buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu Selangor (621), WP Kuala Lumpur (329), Perak (161), Sabah (138) dan Negeri Sembilan (135).

Kes dua angka diaporkan di Pulau Pinang (94), Sarawak (72), Melaka (51), Kedah (48), Johor (33), Kelantan (33), Pahang (26), WP Putrajaya (24) dan Terengganu (13).

Kes satu angka di Perlis (6) dan WP Labuan (4).

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 1 Okt hingga 7 Okt 2022:-

​​​​​​​
Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

1 Okt (1,626), 2 Okt (1,360), 3 Okt (1,244), 4 Okt (1,483), 5 Okt (1,722), 6 Okt (1,794) dan 7 Okt (1,788).

Kes harian baharu COVID-19 untuk minggu sebelumnya (24 Sept-30 Sept) adalah seperti berikut:-

24 Sept (1,924), 25 Sept (1,608), 26 Sept (1,186), 27 Sept (1,552), 28 Sept (2,445), 29 Sept (1,867) dan 30 Sept (2,007).

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura adalah seperti berikut:-

1 Okt (3,510), 2 Okt (2,863), 3 Okt (2,713), 4 Okt (7,146), 5 Okt (5,923), 6 Okt (6,208) dan 7 Okt (5,934).

 

Sebanyak 1,509 kes sembuh COVID-19 dilaporkan, menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 4,791,625 kes.

Dengan sebanyak 4,851,896 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (4,975,067) dan Ukraine (5,177,217).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Perancis mencatat kes harian baharu tertinggi (61,121) diikuti Taiwan (50,779) dan Itali (44,665).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,087,655 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

​​​​​​​
Aksi dan gelagat sebahagian Keluarga Malaysia yang menyertai aktiviti 'Mini Xpdc Kayak' mengelilingi Pulau Papan sempena Hari Sukan Negara 2022 (HSN 2022) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Data KKMNOW setakat pukul 08:18 pg 8 Okt 2022 menunjukkan 22,859 kes (95.7 peratus) daripada 23,877 kes aktif, dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 980 kes (4.1 peratus) di hospital; 14 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 24 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Kes sembuh:-

1 Okt (2,386), 2 Okt (2,271), 3 Okt (2,005), 4 Okt (1,852), 5 Okt (1,639), 6 Okt (1,227) dan 7 Okt (1,509).

*kes kumulatif sembuh sehingga 7 Okt 2022 sebanyak 4,791,625.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

1 Okt (25,009), 2 Okt (24,097), 3 Okt (23,331), 4 Okt (22,957), 5 Okt (23,038), 6 Okt (23,601) dan 7 Okt (23,877).

 

Perincian kes harian baharu (1,788 kes) :-

*mengikut negeri, setakat 7 Okt 2022

*(+kes import)

​​​​​​​
Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Tiga angka - Selangor 621 (+0), WP Kuala Lumpur 329 (+0), Perak 161 (+0), Sabah 138 (+0) dan Negeri Sembilan 133 (+2).

Dua angka - Pulau Pinang 94 (+0), Sarawak 72 (+0), Melaka 48 (+3), Kedah 47 (+1), Johor 33 (+0), Kelantan 33 (+0), Pahang 26 (+0), WP Putrajaya 24 (+0) dan Terengganu 13 (+0).

Satu angka - Perlis 6 (+0) dan WP Labuan 4 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

1 Okt - Kes baharu 1,626; Kes kumulatif 4,842,505; Kes import 5.

2 Okt - Kes baharu 1,360; Kes kumulatif 4,843,865; Kes import 1.

3 Okt - Kes baharu 1,244; Kes kumulatif 4,845,109; Kes import 4.

4 Okt - Kes baharu 1,483; Kes kumulatif 4,846,592; Kes import 4.

5 Okt - Kes baharu 1,722; Kes kumulatif 4,848,314; Kes import 8.

6 Okt - Kes baharu 1,794; Kes kumulatif 4,850,108; Kes import 5.

7 Okt - Kes baharu 1,788; Kes kumulatif 4,851,896; Kes import 6.

 

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

​​​​​​​
Rangkuman kluster pendidikan di Malaysia sepanjang 2 minggu (24 Sept - 7 Okt 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

1 Okt - tiada kluster.

2 Okt - tiada kluster.

3 Okt - 1 (tempat kerja 1).

Kluster Dua Jalan Mahawangsa (tempat kerja) di Kinta, Perak - 11 kes.

4 Okt - tiada kluster.

5 Okt - tiada kluster.

6 Okt - tiada maklumat.

7 Okt - tiada maklumat.

*Jumlah keseluruhan kluster sebanyak 7,082 dan setakat 5 Okt 2022, 13 kluster masih aktif.

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

1 Okt - 0 (BID 0), 2 Okt - 1 (BID 1), 3 Okt - 5 (BID 2), 4 Okt - 5 (BID 1), 5 Okt - 2 (BID 2), 6 Okt - 4 (BID 0) dan 7 Okt - 3 (BID 0).

*Jumlah kes kematian sehingga 7 Okt 2022 sebanyak 36,394 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 626,084,363 berbanding 622,928,752 kes pada minggu lepas dengan 6,559,360 kematian (jumlah kematian minggu lepas sebanyak 6,549,217 kematian). Sebanyak 605,591,404 kes sembuh dilaporkan berbanding 602,688,490 kes sembuh pada minggu lepas.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, Korea Selatan, United Kingdom, Itali, Jepun dan Rusia.

 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 98,523,168 (+23,524)

India 44,607,145 (+685)

Perancis 35,766,357 (+61,121)

Brazil 34,757,257 (+7,149)

Jerman 33,826,367 (+tiada maklumat)

Korea Selatan 24,933,756 (+22,259)

United Kingdom 23,735,273 (+tiada maklumat)

Itali 22,737,577 (+44,665)

Jepun 21,489,738 (+29,443)

Rusia 21,163,942 (+22,268)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 - 11,485,361 (+702)

Indonesia di tangga 20 - 6,442,624 (+1,501)

Malaysia di tangga 27 - 4,851,896 (+1,788)

Thailand di tangga 29 - 4,682,132 (+tiada maklumat)

Filipina di tangga 38 - 3,963,666 (+2,409)

Singapura di tangga 46 - 1,942,204 (+5,934)

Myanmar di tangga 83 - 625,497 (+tiada maklumat)

Brunei di tangga 111 - 227,756 (+tiada maklumat)

Laos di tangga 113 - 215,971 (+19)

Kampuchea di tangga 125 - 137,912 (+6)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

BERNAMA

© 2025 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara.