<
strong>Oleh Melati Mohd Ariff
Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 8 Okt hingga pukul 12:00tgh 14 Okt 2022.
Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.86 juta kes. Di peringkat global, lebih 628 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.56 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 607 juta.
Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 9,330 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan untuk tempoh Rangkuman Bernama 8 Okt - 13 Okt 2022 dengan kes tertinggi semalam (13 Oktober) sebanyak 2,090 kes.
Jumlah kes harian baharu untuk tempoh yang sama minggu lepas (1 Okt-6 Okt) adalah sebanyak 9,229 kes.
Kali terakhir angka kes harian baharu negara melepasi angka 2,000 ialah pada 30 Sept 2022 sebanyak 2,007 kes. Kes terendah untuk tempoh Rangkuman ini sebanyak 1,241 kes pada 10 Oktober.
Aksi pelumba melakukan pecutan ketika berada dalam kelompok peloton sempena perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2022 peringkat pertama sejauh 157.3 kilometer dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kumulatif kes COVID-19 Malaysia kini sebanyak 4,861,226 kes, sementara kes aktif COVID-19 menurut data KKMNOW setakat semalam sebanyak 22,804 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 21,855 (95.8 peratus) dikuarantin di rumah.
Menurut data KKMNOW yang dikemaskini pada pukul 03:53 pagi 14 Okt 2022, daripada 2,090 kes semalam, lima (5) buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu Selangor (638), WP Kuala Lumpur (582), Perak (162), Sabah (124) dan Pulau Pinang (105).
Kes dua angka diaporkan di Kedah (79), Melaka (68), Sarawak (67), Negeri Sembilan (58), Johor (54), Kelantan (45), Pahang (40), WP Putrajaya (35) dan Terengganu (25),
Kes satu angka di Perlis (6) dan WP Labuan (2).
Anggota Penyelamat Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) saling membantu semasa melakukan melakukan pemeriksaan anggota dan aset di Markas SMART, Pulau Meranti, Puchong. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 8 Okt hingga 13 Okt 2022:-
8 Okt (1,627), 9 Okt (1,453), 10 Okt (1,241), 11 Okt (1,291), 12 Okt (1,628) dan 13 Okt (2,090).
Kes harian baharu COVID-19 sepanjang 1 Okt hingga 7 Okt 2022:-
1 Okt (1,626), 2 Okt (1,360), 3 Okt (1,244), 4 Okt (1,483), 5 Okt (1,722), 6 Okt (1,794) dan 7 Okt (1,788).
Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura adalah seperti berikut:-
8 Okt (6,198), 9 Okt (4,795), 10 Okt (4,719), 11 Okt (11,732), 12 Okt (9,611) dan 13 Okt (9,501).
Kes harian baharu COVID-19 di negara seberang Tambak Johor itu kembali meningkat sehingga lima angka pada 11 Oktober iaitu 11,732.
Menurut laporan media tempatan memetik Kementerian Kesihatan Singapura, lonjakan kes berkenaan disebabkan sub varian Omicron dikenali sebagai XBB.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor pada Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sementara itu, sebanyak 1,428 kes sembuh pesakit COVID-19 diaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes sembuh negara setakat semalam sebanyak 4,802,012 kes.
Dengan sebanyak 4,861,226 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (5,026,494) dan Ukraine (5,177,217).
Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Perancis mencatat kes harian baharu tertinggi (64,218) diikuti Taiwan (53,421) danJepun (45,690).
Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,089,916 kes.
SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA
Sebuah kenderaan meredah Jalan Ketiau Putatan yang ditenggelami banjir susulan hujan lebat berterusan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Data KKMNOW setakat pukul 03:53pg 14 Okt 2022 menunjukkan 21,855 kes (95.8 peratus) daripada 22,804 kes aktif COVID-19 dikuarantin di rumah.
Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 916 kes (4 peratus) di hospital; 17 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 16 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.
Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu
Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala
Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru
Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru
Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen
Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes sembuh:-
8 Okt (2,379), 9 Okt (1,800), 10 Okt (1,843), 11 Okt (1,592), 12 Okt (1,345) dan 13 Okt (1,428).
*kes kumulatif sembuh sehingga 13 Okt 2022 sebanyak 4,802,012.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-
8 Okt (23,121), 9 Okt (22,772), 10 Okt (22,167), 11 Okt (21,863), 12 Okt (22,145) dan 13 Okt (22,804).
Perincian kes harian baharu (2,090 kes) :-
*mengikut negeri, setakat 13 Okt 2022
*(+kes import)
Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM
Tiga angka -Selangor 638 (+0), WP Kuala Lumpur 582 (+0), Perak 161 (+1), Sabah 124 (+0) dan Pulau Pinang 105 (+0).
Dua angka - Kedah 79 (+0), Melaka 67 (+1), Sarawak 67 (+0), Negeri Sembilan 57 (+1), Johor 54 (+0), Kelantan 45 (+0), Pahang 39 (+1), WP Putrajaya 35 (+0) dan Terengganu 25 (+0).
Satu angka - Perlis 6 (+0) dan WP Labuan 2 (+0).
Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-
8 Okt - Kes baharu 1,627; Kumulatif kes 4,853,523; Kes import 3
9 Okt - Kes baharu 1,453; Kumulatif kes 4,854,976; Kes import 8.
10 Okt - Kes baharu 1,241; Kumulatif kes 4,856,217; Kes import 1.
11 Okt - Kes baharu 1,291; Kumulatif kes 4,857,508; Kes import 2.
12 Okt - Kes baharu 1,628; Kumulatif kes 4,859,136; Kes import 7.
13 Okt - Kes baharu 2,090; Kumulatif kes 4,861,226; Kes import 4.
Rekod kes kematian:-
*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.
8 Okt - 4 (BID 1), 9 Okt - 2 (BID 1), 10 Okt - 3 (BID 0), 11 Okt - 3 (BID 0), 12 Okt - 1 (BID 0) dan 13 Okt - 3 (BID 0).
*Jumlah kes kematian sehingga 13 Okt 2022 sebanyak 36,410 kes.
STATISTIK GLOBAL COVID-19
Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus
Jumlah kes COVID-19 global terkini (Worldometer) adalah sebanyak 628,901,495 berbanding 626,084,363 kes pada minggu lepas dengan 6,568,139 kematian (angka kematian minggu lepas sebayak 6,559,360 kematian). Sebanyak 607,992,599 kes sembuh berbanding 605,591,404 kes pada minggu lepas.
Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, Korea Selatan, United Kingdom, Itali, Jepun dan Rusia.
Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-
Amerika Syarikat 98,779,943 (+28,545)
India 44,623,124 (+1,805)
Perancis 36,102,545 (+64,218)
Brazil 34,782,182(+4,189)
Jerman 34,403,129 (+tiada maklumat)
Korea Selatan 25,052,677 (+26,928)
United Kingdom 23,735,273 (+tiada maklumat)
Itali 22,990,201 (+45,705)
Jepun 21,656,190 (+45,690)
Rusia 21,264,080 (+15,477)
Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-
Vietnam di tangga 13 - 11,490,951 (+1,069)
Indonesia di tangga 20 - 6,452,078 (+1,830)
Malaysia di tangga 27 - 4,861,226 (+2,090)
Thailand di tangga 29 - 4,685,047 (+tiada maklumat)
Filipina di tangga 38 - 3,975,884 (+2,883)
Singapura di tangga 46 - 1,988,760 (+9,501)
Myanmar di tangga 83 - 627,328 (+346)
Brunei di tangga 110 - 231,833 (+tiada maklumat)
Laos di tangga 113 - 21,047 (+20)
Kampuchea di tangga 125 - 137,952 (+11)
-------------------------------------------------------------------------
LATAR BELAKANG COVID-19
-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).
-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.
-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.
-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.
-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.
-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).
-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.
-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
BERNAMA