COVID-19: Tiga Tahun Pandemik, Kes Aktif Tinggal 9,627

<
span style="font-size:14px">Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 21 Jan hingga pukul 12tgh 27 Jan 2023.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.03 juta kes. Di peringkat global, lebih 674 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.7 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 646 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Tiga tahun bergelut dengan pandemik COVID-19 yang mula melanda negara ini pada 25 Januari 2020, setakat semalam (26 Januari 2023), Malaysia merekod sebanyak 5,035,377 kes dengan kes sembuh 4,988,814 dan 36,936 kes kematian.

Daripada kes harian baharu yang pernah memuncak melebih 30 ribu (33,406 pada 5 Mac 2022), kes harian baharu COVID-19 negara menyusut dengan kes terendah sebanyak 101 dilaporkan pada 24 Januari 2023. Untuk rekod, jumlah kes aktif COVID-19 negara pada 5 Mac 2022 adalah sebanyak 311,206.

Kes aktif COVID-19 negara kini berbaki 9,627 dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,245 kes (96 peratus) menjalani kuarantin di rumah.

Pemandangan udara keadaan trafik semasa di Plaza Tol Gombak menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur yang dipenuhi orang ramai menaiki kenderaan pulang dari kampung masing-masing selepas cuti Tahun Baharu Cina. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Untuk rekod, kes pertama COVID-19 (sebelum ini dikenali sebagai 2019-nCOV) dilaporkan di negara ini pada 25 Januari 2020, melibatkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia, melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari 2020.

Pada 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik dan menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), “ini dapat dicapai susulan kejayaan program vaksinasi COVID-19 dan sistem perkhidmatan kesihatan yang berada pada tahap yang terkawal.”

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan akan membuat keputusan hari ini (Jumaat 27 Januari) sama ada COVID-19 masih “kecemasan kesihatan global” (a global health emergency), tiga tahun selepas badan dunia itu mengumumkan tentang penyakit berjangkit itu.

Di peringkat dunia, lebih 674 juta orang dijangkiti COVID-19 dengan sekitar 6.7 juta kematian. Amerika Syarikat mencatat kes kematian akibat COVID-19 tertinggi sebanyak 1,132,132.

Untuk minggu terakhir Januari 2023, Malaysia mencatat kes harian baharu COVID-19 bawah 350 dengan jumlah kes 1,149 untuk tempoh 21 Jan hingga 26 Jan 2023, menyusut sekitar 36 peratus, berbanding 1,796 kes (14 Jan-19 Jan 2023).

Semalam (26 Januari), kes harian baharu yang dilaporkan adalah sebanyak 172 kes termasuk tiga (3) kes kematian dan satu (1) kes Import.

Daripada 172 kes, lima (5) negeri mencatat kes dua angka iaitu Selangor (58), WP Kuala Lumpur (35), Kedah (13), Sarawak (12) dan Johor (10). Dua (2) negeri mencatat sifar kes iaitu Perlis dan Pahang.

Negeri lain melaporkan kes satu angka iaitu Kelantan (9), Perak (8), Melaka (7), Sabah (5), Negeri Sembilan (4), Pulau Pinang (4), WP Putrajaya (3), Terengganu (2) dan WP Labuan (2).

Jumlah kumulatif kes COVID-19 negara menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59mlm 26 Jan 2023 adalah sebanyak 5,035,377 kes.

Dengan 5,035,377 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,111,145 kes) dan Ukraine (5,367,032 kes).

Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (59,885) diikuti Korea Selatan (35,096) dan Taiwan (19,144).

Amerika Syarikat mencatat jumlah kes kematian akibat COVID-19 tertinggi iaitu 1,132,132 kes.

 

Pengunjung meluangkan masa dengan bersiar-siar sekitar kawasan tumpuan pelancong di Bukit Bintang sempena cuti umum sambutan Tahun Baharu Cina. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 21 Jan hingga 26 Jan 2023:-

21 Jan (293), 22 Jan (309), 23 Jan (142), 24 Jan (101), 25 Jan (132) dan 26 Jan (172).

 

Kes baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 14 Jan 2022 hingga 20 Jan 2023:-

14 Jan (287), 15 Jan (244), 16 Jan (227), 17 Jan (350), 18 Jan (371), 19 Jan (318) dan 20 Jan

(285).

 

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 21 Jan hingga 26 Jan 2023, seperti berikut:-

21 Jan (269), 22 Jan (170), 23 Jan (78), 24 Jan (125), 25 Jan (164) dan 26 Jan (508).

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

(Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 26 Jan 2023)

Penduduk menanti ketibaan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menghantar bantuan makanan sumbangan dari Kerajaan Negeri Kelantan di Pos Gob, Gua Musang. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Malaysia masih mempunyai 9,627 kes aktif COVID-19, dan sebanyak 9,245 (96 peratus) dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 369 kes (3.8 peratus) di hospital; 3 kes (0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 10 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

Jumlah pesakit diwadkan:-

21 Jan (138), 22 Jan (169), 23 Jan (167), 24 Jan (131), 25 Jan (128) dan 26 Jan (178).

 

Kes sembuh:-

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melakukan aktiviti memancing di kolam pancing Afprow 1, Saujana Utama, Sungai Buloh. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

21 Jan (326), 22 Jan (292), 23 Jan (267), 24 Jan (315), 25 Jan (346) dan 26 Jan (325).

*kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 26 Jan 2023 sebanyak 4,988,814.

 

Kes import

21 Jan (0), 22 Jan (1), 23 Jan (1), 24 Jan (1), 25 Jan (2) dan 26 Jan (1).

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

21 Jan (10,320), 22 Jan (10,337), 23 Jan (10,212), 24 Jan (9,998), 25 Jan (9,783) dan 26 Jan (9,627).

 

Perincian kes harian baharu (172 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 26 Jan 2023

*(+kes import)

Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes dua angka - Selangor 58 (+0), WP Kuala Lumpur 34 (+1), Kedah 13 (+0), Sarawak 12 (+0) dan Johor 10 (+0).

Kes satu angka - Kelantan 9 (+0), Perak 8 (+0), Melaka 7 (+0), Sabah 5 (+0), Negeri Sembilan 4 (+0), Pulau Pinang 4 (+0), WP Putrajaya 3 (+0), Terengganu 2 (+0) dan WP Labuan 2 (+0).

Kes sifar - Perlis dan Pahang.

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

21 Jan - Kes baharu 293; Kumulatif kes 5,034,521; Kes import 0

22 Jan - Kes baharu 309; Kumulatif kes 5,034,830; Kes import 1

23 Jan - Kes baharu 142; Kumulatif kes 5,034,972; Kes import 1

24 Jan - Kes baharu 101; Kumulatif kes 5,035,073; Kes import 1

25 Jan - Kes baharu 132; Kumulatif kes 5,035,205; Kes import 2

26 Jan - Kes baharu 172; Kumulatif kes 5,035,377; Kes import 1

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

21 Jan - 2 (BID 0), 22 Jan -0 (BID 0), 23 Jan - 0 (BID 0), 24 Jan - 0 (BID 0), 25 Jan - 1 (BID 0) dan 26 Jan -3 (BID 3).

*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 26 Jan 2023 sebanyak 36,936.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 674,285,275 kes berbanding 672,842,041 pada minggu sebelumnya dengan 6,754,532 kematian (Minggu lalu jumlah kes kematian sebanyak 6,742,116 kes).

Kes sembuh terkini sebanyak 646,299,333 kes berbanding 644,488,957 kes pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 229 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:- *Tiada maklumat (NA).

Amerika Syarikat 104,093,434 (+18,392)

India 44,682,338 (+NA)

Perancis 39,503,473 (+5,287)

Jerman 37,715,000 (NA)

Brazil 36,794,650 (+13,782)

Jepun 32,310,939 (+59,885)

Korea Selatan 30,975,652 (+35,096)

Itali 25,415,630 (NA)

United Kingdom 24,259,240 (NA)

Rusia 21,917,097 (+7,077)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif

COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).

Vietnam di tangga 13 - 11,526,365 (+17)

Indonesia di tangga 20 - 6,728,998 (+322)

Malaysia di tangga 28 - 5,035,377 (+172)

Thailand di tangga 31 - 4,726,512 (NA)

Filipina di tangga 37 - 4,072,488 (+181)

Singapura di tangga 45 - 2,215,109 (+508)

Myanmar di tangga 84 - 633,815 (+1)

Brunei di tangga 107 - 275,220 (NA)

Laos di tangga 113 - 217,959 (+8)

Kampuchea di tangga 125 - 138,681 (+2)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- Senario fasa pra endemik di Malaysia menunjukkan dominasi varian XBB, hasil survelan genomik SARS-CoV-2 (virus yang mencetuskan penyakit COVID-19) di negara ini sepanjang Disember 2022 iaitu merangkumi sebanyak 55.4 peratus, diikuti varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).

-- Varian XBB masih varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

-- Salah satu subvarian Omicron yang pada asalnya dikesan pada Oktober 2022 ialah XBB.1.5 - rekombinan dua BA.2 sublineage - diberitakan sedang meningkat di Amerika Syarikat serta Eropah dan dikenal pasti di lebih 25 buah negara. Para pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama ‘Kraken’ yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19. WHO dilaporkan sedang membuat penilaian risiko strain XBB.1.5 ini.

-- Di negara China, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.

 

BERNAMA

 

 

 

 

 

© 2025 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara.