DUNIA > BERITA

Maldives Larang Import Dan Penggunaan Rokok Elektronik

15/10/2024 11:09 AM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 15 Okt (Bernama) -- Dalam usaha proaktif memerangi ketagihan nikotin dan melindungi kesihatan awam, Maldives menjadi negara terbaru yang melaksanakan larangan terhadap rokok elektronik.

Presiden Mohamed Muizzu pada Isnin mengumumkan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah kukuh untuk melarang penggunaan vap.

Beliau mengarahkan pihak berkuasa berkaitan untuk memulakan tindakan yang perlu bagi mengharamkan import peranti "vaporiser" , aksesori dan alat ganti mulai 15 Nov tahun ini, menurut kenyataan pejabat Presiden.

Mulai 15 Dis, larangan itu juga akan dikenakan ke atas pemilikan, penggunaan, pembuatan, penjualan, promosi, dan pengedaran percuma peranti rokok elektronik di seluruh negara.

Ramai rakyat Maldives menerusi hantaran di platform media sosial menyambut baik keputusan itu, dengan menyatakan bahawa ia akan melindungi masyarakat daripada gaya hidup yang berbahaya.

Sesetengah pihak turut mencadangkan agar larangan lebih meluas dikenakan ke atas penggunaan tembakau dan rokok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan