DUNIA > BERITA

KSrelief, ICRC Tandatangani Memorandum Sokongan US$10 Juta Bantuan Di Gaza

16/10/2024 01:26 PM

RIYADH, 16 Okt (Bernama-SPA) -- Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) menandatangani memorandum sokongan kewangan bernilai US$10 juta pada Selasa dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bagi menangani keperluan kemanusiaan yang semakin meningkat di Semenanjung Gaza.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), memorandum itu ditandatangani oleh Penolong Ketua Penyelia Operasi dan Program KSrelief, Eng. Ahmed bin Ali Al-Baiz dan Ketua Delegasi Serantau ICRC untuk Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Mamadou Sow.

Di bawah perjanjian itu, program dan aktiviti ICRC dalam sektor kesihatan, air, sanitasi alam sekitar, dan pemakanan di Semenanjung Gaza akan disokong.

Pembiayaan itu juga akan membantu penduduk yang dipindahkan dengan bantuan segera dan perlindungan tempat tinggal.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Arab Saudi melalui KSrelief, untuk menyokong rakyat Palestin yang terjejas di Gaza dan menyediakan perkhidmatan penting kepada mereka.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan