DUNIA > BERITA

Genap Setahun HSR Jakarta-Bandung Beroperasi

18/10/2024 02:36 PM

JAKARTA, 18 Okt (Bernama-CMG) -- Landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung membantu menambah baik pengangkutan Indonesia dan merancakkan perjalanan antara bandar sepanjang rel itu sehingga mendapat sanjungan rakyat tempatan.

Demikian kata Menteri Pengangkutan Indonesia Budi Karya Sumadi dalam aktiviti meraikan genap setahun HSR itu beroperasi yang diadakan di Jakarta pada Khamis.

Beliau turut menyifatkan landasan kereta api berkenaan sebagai hasil usaha inovasi negara Tembok Besar.

Duta Besar China ke Indonesia Wang Lutong turut menghadiri aktiviti itu, berkata dengan menjadikan HSR Jakarta-Bandung sebagai penanda aras, China sudi memperkasa kerjasama bilateral dalam bidang lebih luas melibatkan peringkat lebih mendalam di bawah visi komuniti berkongsi nasib sesama negara.

HSR Jakarta-Bandung memulakan operasi secara rasmi pada 17 Oktober 2023, sekali gus menjadi rel seumpama itu yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Landasan sepanjang 142.3 kilometer itu direka dengan kelajuan operasi maksimum 350 kilometer per jam.

Dalam tempoh setahun lalu, rel berkenaan menyaksikan aliran penumpang yang kian bertambah dengan jumlah kumulatif penumpang seramai 5.79 juta orang.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan