DUNIA > BERITA

Seluruh Grid Kuasa Cuba Gagal Berfungsi

19/10/2024 11:56 PM

MEXICO CITY, 19 Okt (Bernama-dpa) -- Seluruh grid kuasa di Cuba gagal berfungsi pada Jumaat, apabila Kementerian Tenaga negara mengumumkan bahawa loji kuasa terma Antonio Guiteras terhenti operasi secara tiba-tiba, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut kenyataan kementerian, kegagalan ini menyebabkan gangguan bekalan elektrik di seluruh negara.

Beberapa loji kuasa lain sudah tidak beroperasi disebabkan uzur.

Cuba sedang menghadapi satu daripada krisis ekonomi paling buruk sejak revolusi yang dipimpin oleh Fidel Castro pada 1959.

Disebabkan keadaan infrastruktur yang usang — akibat sekatan perdagangan Amerika Syarikat yang berkuat kuasa lebih 60 tahun, loji kuasa terma di Cuba kerap terhenti operasi dan memerlukan baik pulih kecemasan.

Gangguan bekalan elektrik adalah perkara biasa di seluruh negara.

-- BERNAMA-dpa

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan