DUNIA > BERITA

China Sokong Perdagangan Bebas, Pertahan Sistem Perdagangan Global

21/10/2024 03:29 PM

BEIJING, 21 Okt (Bernama-Sputnik) -- China dengan tegas menyokong perdagangan bebas dan sentiasa komited mempertahankan sistem perdagangan global, kata Menteri Luar China, Wang Yi, pada Isnin, lapor Sputnik.

Pada Isnin, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Presiden Majlis Perlembagaan Perancis, Laurent Fabius di Beijing.

"China dan Perancis berpegang kepada prinsip kebebasan dan hak menentukan hala tuju sendiri, yang sejajar dengan trend global ke arah multipolar serta menyumbang kepada keamanan dan kestabilan dunia," kata Wang seperti dipetik oleh Kementerian Luar China.

Beliau turut menegaskan bahawa beberapa cabaran dalam hubungan perdagangan China-EU tidak sejajar dengan kepentingan kedua-dua pihak, dan berharap EU akan mengambil pendekatan jangka panjang yang saling menguntungkan bagi menyelesaikan isu-isu terbabit.

Wang juga menekankan bahawa China berusaha mencari penyelesaian melalui rundingan dan perundingan.

-- BERNAMA-SPUTNIK

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan