DUNIA > BERITA

Harga Beras Baharu Jepun Melonjak 48 Peratus Pada September

21/10/2024 05:25 PM

TOKYO, 21 Okt (Bernama-Xinhua) -- Harga purata beras yang baru dituai di Jepun melonjak 48 peratus pada September berbanding tahun sebelumnya di tengah-tengah kos pengeluaran yang lebih tinggi serta permintaan pasaran yang lebih kukuh susulan kekurangan bekalan, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Isnin.

Menurut penyiar awam NHK yang memetik data kementerian pertanian, harga bagi semua jenis beras tidak digilap atau beras perang yang dijual oleh Persekutuan Kebangsaan Persatuan Koperasi Pertanian dan badan pembekal lain kepada pemborong mencatatkan purata 22,700 yen (kira-kira US$152) bagi 60 kilogram (kg) pada September, 

Angka itu merupakan rekod tertinggi bagi September sejak kementerian mula menjalankan tinjauan harga beras pada 2006, menurut laporan itu.

Kementerian menyifatkan kenaikan mendadak itu disebabkan oleh peningkatan bayaran oleh koperasi pertanian kepada petani bagi menampung kos pengeluaran yang semakin tinggi, termasuk harga baja.

Persaingan yang semakin sengit dalam kalangan pelanggan akibat kekurangan hasil tuaian turut menyumbang kepada pembayaran yang lebih tinggi, menurut laporan itu.

Di Jepun, beras dari hasil tuaian setiap tahun mula muncul di rak kedai sekitar September.

--BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan