DUNIA > BERITA

Johari Terima Tugas Sebagai Presiden AIPA 2025

21/10/2024 08:47 PM

Oleh Ahmad Erwan Othman

VIENTIANE, 21 Okt (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul hari ini menerima tugas sebagai Presiden Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 bagi 2025 daripada Laos.

Simbolik serahan tugas itu dibuat oleh Presiden Dewan Rakyat Laos merangkap Presiden AIPA ke-45 Xaysomphone Phomvihane kepada Johari pada Majlis Penutup Perhimpunan Agung AIPA yang diadakan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di sini.

Pada majlis sama, Malaysia buat kali pertama memperkenalkan logo AIPA Malaysia 2025 menerusi video promosi.

Logo berkenaan memaparkan corak berbentuk bunga raya dengan warna yang mewakili warna utama bendera kesemua 10 negara anggota ASEAN.

Kali terakhir penganjuran Malaysia sebagai Presiden AIPA adalah pada 2015.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan