DUNIA > BERITA

Korea Selatan, Malaysia Adakan Rundingan FTA Pusingan Kelima

22/10/2024 02:17 PM

SEOUL, 22 Okt (Bernama-Yonhap) -- Korea Selatan pada Selasa memulakan pusingan kelima rundingan bagi perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala dengan Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha Seoul untuk meluaskan portfolio perdagangannya.

Agensi Berita Yonhap melaporkan pusingan terbaharu rundingan FTA itu bermula di Seoul bagi sesi selama empat hari susulan penyambungan semula rundingan pada Ogos lalu selepas terhenti selama lima tahun, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.

Walaupun Korea Selatan mempunyai FTA dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), negara itu kini berusaha untuk memperkukuh hubungan ekonomi dengan negara-negara anggota menerusi perjanjian perdagangan bebas berasingan.

Kementerian itu memaklumkan bahawa kedua-dua negara berhasrat untuk mencapai kemajuan dalam rundingan merangkumi 13 sektor utama termasuk barangan, perkhidmatan, pelaburan, kerjasama ekonomi dan industri digital.

"Berdasarkan perbincangan sebelum ini, kedua-dua negara merancang untuk mempercepatkan rundingan dalam setiap sektor dan mengurangkan perbezaan," menurut kementerian.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan