DUNIA > BERITA

Liga Arab Adakan Mesyuarat Tergempar Mengenai Palestin Pada Selasa

22/10/2024 02:55 PM

KAHERAH, 22 Okt (Bernama-Petra) -- Liga Arab mengumumkan bahawa satu mesyuarat tergempar akan diadakan pada Selasa di peringkat perwakilan tetap, bertempat di ibu pejabat Sekretariat Agung Liga di Kaherah, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, mesyuarat tergempar Majlis Liga Arab itu diadakan sebagai tindak balas terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin serta jenayah genosid yang dilakukan oleh Israel.

Kenyataan itu menggambarkan situasi semasa telah memasuki fasa yang lebih kejam, dengan pencerobohan Israel bertujuan untuk menghapuskan rakyat Palestin melalui pelaksanaan pengusiran paksa, kemusnahan dan kebuluran yang paling dahsyat, terutamanya di utara Semenanjung Gaza.

Tindakan dilihat sebagai sebahagian daripada rancangan sistematik untuk mengosongkan kawasan itu sepenuhnya daripada penduduk Palestin di tengah-tengah ketidakupayaan dan kebisuan antarabangsa.

-- BERNAMA-PETRA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan