SINGAPURA, 22 Okt (Bernama) -- Lee Hsien Yang, anak bongsu kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, kini berada di United Kingdom sebagai pelarian politik selepas memohon suaka di negara itu pada 2022 sebagai jalan terakhir.
Adik lelaki kepada Menteri Kanan Lee Hsien Loong dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa, menjelaskan bahawa dia masih warganegara Singapura dan berharap suatu hari nanti keadaan akan membolehkannya kembali ke tanah air dengan selamat.
Dalam hantaran itu, Hsien Yang mendakwa bersama-sama dengan kakaknya mendiang Lee Wei Ling, mereka bimbang mengenai kemungkinan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa negara terhadap mereka dan keluarga.
Hsien Yang turut mendakwa bahawa akibat daripada risiko itu, dia tidak dapat menghadiri pengebumian Wei Ling.
Pertelingkahan dalam keluarga Lee mula tercetus selepas kematian bapa mereka, dengan perselisihan faham berhubung pelbagai isu termasuk mengenai kediaman di 38 Oxley Road.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial