DUNIA > BERITA

Malaysia Sahkan Komitmen Terhadap Nilai-nilai PBB Dan Multiteralisme Pada Hari PBB

24/10/2024 11:37 AM

PUTRAJAYA, 24 Okt (Bernama) -- Malaysia pada Khamis menyertai 192 Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lain bagi memperingati ulang tahun ke-79 penubuhan PBB.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri menekankan komitmen berterusan Malaysia dalam memperjuangkan multilateralisme dan prinsip serta nilai Piagam PBB sejak diterima sebagai Negara Anggota PBB pada 17 Sept 1957.

Piagam PBB menetapkan tiga tonggak asas penubuhan PBB iaitu keamanan dan keselamatan, hak asasi manusia dan pembangunan mampan.

"Sejak 1945, ketiga-tiga tonggak ini menyediakan kerangka untuk menangani cabaran cabaran global dan menjalinkan kerjasama antara negara.

"Sempena hari bermakna ini, Malaysia mengulangi azam dan komitmennya terhadap prinsip-prinsip teras ini," menurut kenyataan itu.

Malaysia turut menzahirkan harapan untuk mengukuhkan kerjasama ASEAN-PBB semasa Kepengerusian ASEAN 2025.

"Melalui kerjasama dengan PBB dan rakan kongsi antarabangsa yang lain, Malaysia akan mempergiatkan usaha-usaha ke arah dunia yang adil, makmur dan saksama bagi membina masa depan yang lebih baik untuk semua.

“Selamat Hari Ulang Tahun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," menurut Wisma Putra.

Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu disambut setiap tahun pada 24 Okt.

-- BERNAMA  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan