DUNIA > BERITA

34 Negara Jadi Anggota Kepada Perkongsian Kerjasama Sumber Tenaga BRI

24/10/2024 02:47 PM

QINGDAO, 24 Okt (Bernama-CMG) -- Rancangan Tindakan Kerjasama Sumber Tenaga Hijau "Inisiatif Jalur dan Laluan" (BRI) 2024-2029 telah diumumkan dalam Mesyuarat Menteri Sumber Tenaga BRI ke-3 yang diadakan di sini semalam.

Sejak BRI yang menekankan pembinaan bersama dikemukakan pada 11 tahun lepas, China menjalinkan hubungan kerjasama dengan lebih 100  negara dan kawasan dalam sektor sumber tenaga hijau. Kini, terdapat 34 negara menjadi anggota kepada Perkongsian Kerjasama Sumber Tenaga BRI, pendekatan China tentang tatakelola sumber tenaga dalam senario global yang memfokuskan pada keselamatan dan transformasi penggunaan sumber tenaga.

Seorang pegawai dari Pejabat Am Sekretariat Perkongsian Kerjasama Sumber Tenaga BRI, Hu Ming berkata lebih 80% kelengkapan fotovoltaik dan 70% kelengkapan janakuasa angin di seluruh dunia merupakan produk buatan China,  yang dilihat sebagai sumbangan besar kepada transformasi karbon rendah dalam penggunaan sumber tenaga dan pembangunan tenaga boleh baharu (TBB) dalam senario global, dan berperanan besar dalam membantu menurunkan 60% kos jana kuasa fotovoltaik dan 80% kos jana kuasa tenaga angin bagi setiap kWh pada tempoh sedekad yang lalu.

Menurut rancangan itu, pada masa lima tahun akan datang, pelbagai negara anggota akan bersama-sama meningkatkan keterjaminan dalam bidang keselamatan sumber tenaga hijau, di samping terus meneroka dan membina wahana kerjasama antarabangsa tentang pengajian sumber tenaga bersih serta meningkatkan pembinaan keupayaan dalam sektor sumber tenaga hijau.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan