DUNIA > BERITA

Negara BRICS Sepakat Sokong NDB Kembangkan Pembiayaan Mata Wang Tempatan - Deklarasi

24/10/2024 09:29 PM

KAZAN, 24 Okt (Bernama-Xinhua) -- Negara BRICS bersetuju pada Rabu untuk menyokong Bank Pembangunan Baharu (NDB) dalam melaksanakan strategi amnya bagi tempoh 2022-2026 serta mengembangkan pembiayaan dalam mata wang tempatan, lapor Xinhua.

Dalam deklarasi yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak BRICS ke-16, mereka juga bersetuju untuk bersama-sama membangunkan NDB menjadi jenis bank pembangunan pelbagai hala baharu untuk abad ke-21, menyokong pengembangan keahlian selanjutnya, serta mempercepatkan semakan permohonan keahlian dari negara BRICS mengikut strategi umum dan dasar berkaitan.

Deklarasi itu juga menggalakkan negara BRICS memperkukuh kerjasama kewangan dan mempromosikan penyelesaian dalam mata wang tempatan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan