DUNIA > BERITA

Lima Hospital Di Lubnan Tidak Dapat Beroperasi Akibat Serangan Israel

24/10/2024 10:13 PM

TEHRAN, 24 Okt (Bernama-IRNA) -- Ketua Kesatuan Doktor Lubnan mengesahkan bahawa lima hospital tidak dapat beroperasi akibat serangan rejim Israel ke atas negara Arab itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Youssef Bakhash membuat kenyataan itu dalam satu wawancara dengan rangkaian TV Al Jazeera pada Rabu, sambil menambah bahawa 22 lagi hospital mengalami kerosakan dalam serangan Israel ke atas Lubnan.

Beliau juga menyatakan rejim Israel menyasarkan serangan kepada semua orang dengan sektor kesihatan turut terjejas secara langsung. Beberapa kakitangan perubatan telah syahid, manakala ratusan lagi cedera.

Bakhash menekankan bahawa rejim Tel Aviv sengaja menyasarkan infrastruktur dan petugas perubatan dengan tujuan melumpuhkan sektor kesihatan, sambil menambah bahawa sistem kesihatan Lubnan kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Beliau menyeru rejim penjajah itu agar mematuhi perjanjian antarabangsa dan Konvensyen Geneva.

Tentera Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas pelbagai kawasan di selatan Lubnan sejak 23 September, dan serangan dahsyat ini masih berterusan.

Sehingga Selasa, Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan bahawa serangan Israel telah menyebabkan 2,546 orang syahid dan 11,862 cedera setakat ini.

-- BERNAMA-IRNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan