DUNIA > BERITA

Naim Qassem Dilantik Pemimpin Baharu Hizbullah

29/10/2024 06:21 PM

ANKARA, 29 Okt (Bernama-Anadolu) -- Kumpulan Hizbullah Lubnan pada Selasa melantik Timbalan Setiausaha Agung Naim Qassem sebagai pemimpin baharunya, lapor Agensi Anadolu.

Qassem akan menggantikan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Beirut bulan lalu.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu memaklumkan bahawa Qassem dipilih sebagai pemimpin baharu oleh Majlis Syura Hizbullah.

Qassem telah berkhidmat sebagai timbalan pemimpin Hizbullah sejak 1991.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan