DUNIA > BERITA

ADB Terbitkan Bon Biodiversiti Dan Alam Semula Jadi Yang Pertama

29/10/2024 06:27 PM

MANILA, 29 Okt (Bernama-Xinhua) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Selasa mengumumkan ia menerbitkan bon bertemakan biodiversiti dan alam semula jadi yang pertama untuk membiayai sekumpulan projek yang layak di seluruh Asia dan Pasifik, lapor Xinhua.

Diumumkan semasa mesyuarat ke-16 Persidangan Pihak-pihak (COP16) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) di Cali, Colombia, bon itu diterbitkan di bawah program Bon Bertema Pembangunan Mampan ADB dengan kerjasama Kumpulan Alam Sekitar bank berkenaan.

Menurut bank itu, terbitan bon 10 tahun bernilai kira-kira US$100 juta itu dibeli oleh Dai-ichi Life Insurance Company, Limited dari Jepun dan diatur oleh Credit Agricole CIB.

Bank pembangunan yang berpangkalan di Manila itu juga memaklumkan, bakal melancarkan Pelan Tindakan Alam Sekitar 2024-2030: Ke Arah Asia dan Pasifik yang Mesra Alam Semula Jadi, dijangka menyediakan pelan hala tuju bagi aktivitinya untuk menangani perubahan iklim, kehilangan biodiversiti, dan pencemaran.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan