DUNIA > BERITA

Majlis Hak Asasi Manusia PBB Akan Buka Pejabat Di Bangladesh

30/10/2024 10:09 PM

DHAKA, 30 Okt (Bernama-Xinhua) -- Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) memutuskan untuk menubuhkan pejabat di ibu negara Bangladesh, Dhaka untuk mengukuhkan aktivitinya di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.   

Penasihat Kebajikan Masyarakat kerajaan sementara Bangladesh Sharmeen S. Murshid berkata demikian selepas pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk, di Dhaka pada Selasa.

"Ia adalah keputusan yang sangat penting. Kerajaan sementara bersetuju mengenai penubuhan pejabat hak asasi manusia PBB di Dhaka," kata penasihat itu.

Beliau berkata pembukaan pejabat itu di sini akan mengukuhkan kedudukan negara mengenai hak asasi manusia.  

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan