DUNIA > BERITA

Lebih 62 Juta Rakyat Amerika Undi Awal Menjelang Pilihan Raya

01/11/2024 12:08 PM

WASHINGTON, 1 Nov (Bernama-Anadolu) -- Lebih 62 juta rakyat Amerika mengundi awal dengan lima hari lagi menjelang Pilihan Raya, menurut data yang diterbitkan pada Khamis.

Data daripada penjejak Election Lab Universiti Florida menunjukkan seramai 62,725,685 orang mengundi sama ada melalui pos atau secara fizikal di pusat mengundi.

Tidak seperti 2020, ketika AS berada di tengah-tengah pandemik COVID-19, lebih ramai pengundi memilih untuk mengundi secara fizikal berbanding melalui pos pada pilihan raya presiden kali ini.

Dengan hanya kurang seminggu sebelum pilihan raya pada 5 Nov, tinjauan menunjukkan Naib Presiden Kamala Harris dan pencabarnya dari Parti Republikan, Donald Trump bersaing sengit, terutamanya di tujuh negeri utama.

Harris mendahului tipis di Wisconsin dan Michigan masing-masing dengan 0.2 peratus dan 0.4 peratus, menurut kompilasi tinjauan oleh laman sesawang RealClearPolitics.

Trump terus mendahului di Arizona, Nevada, Pennsylvania, North Carolina, dan Georgia.

Bagaimanapun, kelebihannya hanya pada atau di bawah satu peratus di Nevada, Pennsylvania, dan North Carolina.

Trump memperoleh kelebihan yang lebih besar di Arizona (+2.4 peratus) dan Georgia (+2.7 peratus).

Negeri-negeri penentu adalah penting kerana AS tidak memilih presidennya secara langsung.

-- BERNAMA-ANADOLU
 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan