DUNIA > BERITA

Ribuan Di Utara Gaza Tiada Akses Bantuan Kemanusiaan, Rawatan Perubatan - Pertahanan Awam Gaza

02/11/2024 01:16 PM

GAZA, 2 Nov (Bernama-QNA) -- Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Basal memberi amaran bahawa ribuan penduduk kehilangan akses kepada bantuan kemanusiaan dan perubatan di utara Gaza susulan operasi pasukan penyelamat terjejas teruk akibat serangan berterusan Israel yang kini memasuki hari kesepuluh berturut-turut.

Dalam kenyataan kepada agensi berita Qatar (QNA), Basal merayu kepada masyarakat antarabangsa dan institusi kemanusiaan termasuk Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Jawatankuasa  Palang Merah Antarabangsa untuk segera campur tangan bagi membolehkan pasukan Pertahanan Awam menjalankan tugas kemanusiaan mereka.

Beliau menegaskan keperluan untuk membenarkan kenderaan bomba dan penyelamat kembali beroperasi, sambil menyatakan bahawa tentera Israel menahan kenderaan bomba dan ambulans berhampiran tanah perkuburan Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza dan melepaskan tembakan dari pesawat kepada sesiapa yang cuba mendekatinya.

Selama 28 hari berturut-turut, utara Gaza khususnya kem Jabalia dan Beit Lahia berdepan pengeboman, kepungan dan kelaparan,  lapor QNA.

-- BERNAMA-QNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan