DUNIA > BERITA

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Di Valencia, Sepanyol - Wisma Putra

04/11/2024 04:38 PM

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) -- Kementerian Luar  hari ini mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terjejas secara langsung akibat banjir yang melanda Valencia dan kawasan sekitarnya di Sepanyol sejak 29 Okt lalu.

Dalam nasihat terkininya, kementerian turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas agar terus berwaspada dan mematuhi arahan serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Kementerian Luar akan terus memantau situasi ini dengan teliti dan memberikan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di rantau itu,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan diminta agar sentiasa berhubung rapat dengan pihak kedutaan serta digalakkan untuk mendaftar kehadiran mereka melalui platform E-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat dan bantuan.

Bagi bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid di Ave. de los Madroños 63B, 28043 Madrid, melalui telefon di talian +34659894943 (24 jam) atau melalui e-mel di mwmadrid@kln.gov.my.

Lebih 200 orang dilaporkan terkorban dalam bencana banjir yang disifatkan sebagai yang terburuk di Sepanyol dalam beberapa dekad.

Pasukan penyelamat terus menjalankan operasi di tempat letak kereta bawah tanah dan terowong dalam usaha mencari mangsa yang terselamat serta mengeluarkan mayat, menurut laporan media.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan