DUNIA > BERITA

Letupan Bom Di Pakistan: Kementerian Luar Negeri Nasihatkan Rakyat Malaysia Berwaspada

10/11/2024 10:01 AM

PUTRAJAYA, 10 Nov (Bernama) -- Rakyat Malaysia yang menetap atau berada di Pakistan dinasihatkan supaya berwaspada dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai susulan insiden letupan bom pada Sabtu di sebuah stesen kereta api di Quetta, barat daya Pakistan.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa pihaknya sedang menilai situasi semasa dan akan mengeluarkan maklumat terkini jika perlu.

Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftarkan kehadiran mereka digalakkan berbuat demikian melalui [E-Konsular](https://ekonsular.kln.gov.my/) bagi memastikan bantuan dan maklumat dapat disampaikan tepat pada masanya.

Bagi mendapatkan bantuan konsular, mereka boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi di alamat: H. No. 7-A Main Khayaban-e-Shamsheer, DHA V, 75500 Karachi, Pakistan, atau melalui talian: +92 21 3529 5618/19, +92 21 3529 5614/17, atau e-mel: mwkarachi@kln.gov.my.

Sekurang-kurangnya 26 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 40 lagi cedera dalam insiden itu pada Sabtu.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan