BAKU, 10 Nov (Bernama-TASS) -- Azerbaijan dan Armenia hampir mencapai persetujuan muktamad mengenai teks perjanjian damai dan akan meneruskan perbincangan selepas Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP29) yang akan diadakan di Baku pada 11 hingga 22 November.
Agensi Berita Rusia (TASS) melaporkan bahawa Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev menyebut perkara itu dalam perbualan telefon dengan Canselor Jerman Olaf Scholz, menurut perkhidmatan akhbar ketua negara.
“Presiden Azerbaijan menyatakan bahawa kelewatan ketara Armenia dalam mengemukakan cadangan mengenai teks perjanjian damai menjejaskan proses itu, namun walaupun begitu, kedua-dua pihak hampir mencapai persetujuan muktamad dan rundingan akan diteruskan selepas COP,” kata perkhidmatan akhbar itu.
Canselor Jerman pula berkata bahawa Jerman menyokong usaha membina keamanan dan hubungan baik antara kedua-dua negara serta memaklumkan bahawa beliau tidak dapat menghadiri sidang kemuncak pemimpin dalam rangka kerja COP29 kerana situasi politik di negaranya.
-- BERNAMA-TASS
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial