DUNIA > BERITA

Bekalan Makanan Dibenarkan Masuk Ke Gaza Tidak Penuhi Keperluan Penduduk - UNRWA

25/11/2024 02:54 PM

RAMALLAH, 25 Nov (Bernama-WAFA) -- Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan bahawa bekalan tepung dan makanan yang dibenarkan masuk oleh pendudukan Israel melalui lintasan sempadan hanya memenuhi enam peratus daripada keperluan penduduk, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut laporan itu, situasi sedemikian menyebabkan krisis yang teruk, khususnya dalam mendapatkan bekalan roti, sehingga kebanyakan kedai roti di selatan Semenanjung Gaza terpaksa ditutup.

UNRWA menjelaskan bahawa lebih dua juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza kini dikepung oleh kelaparan, dahaga, penyakit dan ketakutan, dengan mendapatkan makanan menjadi tugas yang mustahil bagi keluarga di wilayah itu.

Agensi itu turut menyatakan bahawa keadaan penduduk berkenaan di khemah dan pusat perlindungan perpindahan adalah tragis, memandangkan kelaparan dan kesejukan, serta ketidakmampuan organisasi antarabangsa untuk memenuhi keperluan mereka akibat kekurangan makanan dan pemakanan.

UNRWA menyeru pembukaan penuh lintasan sempadan dan kemasukan bekalan yang diperlukan penduduk bagi mengurangkan kebuluran yang semakin memburukkan kes-kes kekurangan zat makanan dan pelbagai penyakit.

--BERNAMA-WAFA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan