LONDON, 25 Nov (Bernama-Xinhua) -- Leicester City mengambil keputusan memecat jurulatih mereka, Steve Cooper pada Ahad selepas hanya mengendalikan 12 perlawanan.
Cooper, yang sebelum ini pernah membimbing Nottingham Forest hanya mencatatkan dua kemenangan, dengan empat seri dan enam kekalahan daripada 12 perlawanan.
Kekalahan 2-1 kepada Chelsea di gelanggang sendiri pada Sabtu meletakkan Leicester di tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris.
Apa yang lebih menarik, Chelsea kini dibimbing oleh bekas pengendali Leicester, Enzo Maresca.
"Latihan skuad utama akan dikendalikan oleh jurulatih pasukan utama, Ben Dawson dengan sokongan daripada Danny Alcock dan Andy Hughes, sementara kelab memulakan proses melantik pengurus baharu, yang kami harap dapat diselesaikan secepat mungkin," menurut kenyataan Leicester City.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial