SINGAPURA, 3 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong disahkan positif COVID-19 pada Selasa, kali pertama beliau dijangkiti virus itu.
Wong, yang juga Menteri Kewangan berkata beliau menjalani ujian itu selepas bangun tidur dengan tekak yang sakit selepas siri lawatan kerja ke luar negara baru-baru ini.
"Pada mulanya, saya menyangka ia mungkin hanya selesema biasa, tetapi saya memutuskan untuk menjalani ujian untuk kepastian. Rupa-rupanya, selepas bertahun-tahun, akhirnya saya terkena COVID juga!" katanya dalam hantaran di Facebook.
Wong berkata secara keseluruhan beliau merasa dirinya dalam keadaan baik dan akan menjalani kuarantin kendiri sambil bekerja dari rumah.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar memastikan mereka mendapatkan suntikan selesema dan vaksin, terutamanya menjelang musim cuti.
“Jika anda berasa tidak sihat, sila pakai pelitup muka dan ambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk melindungi diri sendiri dan orang di sekeliling anda,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial