MOSCOW, 16 Dis (Bernama-TASS) -- Blok Ekonomi Organisasi Antara Kerajaan, Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) akan meneliti permohonan penyertaan Syria jika pihak berkuasa baharu negara itu mengesahkannya, kata Timbalan Menteri Luar Rusia merangkap Sherpa Rusia dalam BRICS, Sergey Ryabkov dalam satu wawancara bersama Agensi Berita TASS.
"Sudah tentu. Kami mengambil serius setiap permohonan keahlian, dan Syria tidak terkecuali.
"Namun, kami tidak mendesak atau memaksa mana-mana pihak.
"Kami menghormati setiap pilihan kerana isu ini terlalu penting untuk sekadar bergantung pada beberapa petunjuk formal berkaitan keahlian," kata Ryabkov ketika ditanya sama ada BRICS bersedia menilai permohonan keahlian Syria sekiranya disahkan oleh pihak berkuasa baharu.
Sebelum ini, Duta Syria ke Rusia Bashar Jaafari berkata bahawa Syria sedang "mengadakan perbincangan serius" mengenai keahlian dalam BRICS.
-- BERNAMA-TASS
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial