DUNIA > BERITA

Kerja Persiapan Sukan Asia Musim Sejuk Harbin Berjalan Lancar

24/12/2024 02:22 PM

HARBIN, 24 Dis (Bernama-CMG) -- Pelbagai kerja pembinaan peringkat awal untuk Sukan Asia Musim Sejuk (AWG) ke-9 sudah disiapkan, manakala pelbagai pertandingan ujian untuk setiap acara pula sudah atau akan dimulakan berturut-turut di sini dalam tempoh masa lebih sebulan di ambang temasya itu.

Naib Ketua Setiausaha Jawatankuasa Eksekutif AWG yang juga Ketua Jabatan Sukan Bandar Harbin, Bai Zhiguo memaklumkan bahawa kerja persiapan untuk AWG ke-9 yang bakal berlangsung di provinsi Heilongjiang pada 7 hingga 14 Feb 2025 berjalan lancar pada masa sekarang, terutamanya pelbagai tugasan utama yang sedang dipergiatkan mengikut jadual. Setakat 30 Okt lalu, semua venue, gelanggang dan hotel yang terlibat telah siap dibina atau diubah suai, sebanyak 6 projek pengubahsuaian infrastruktur stesen kereta api telah selesai dilaksanakan dan projek utama landasan No.2 timur Lapangan Terbang Antarabangsa Taiping di bandar Harbin juga selesai dilaksanakan dan dijangka beroperasi menjelang 24 Jan 2025.

Bai berkata terdapat 14 pertandingan ujian yang diadakan pada tempoh masa dari Oktober 2024 hingga Januari 2025 menurut "Pelan Pertandingan Ujian Sukan Asia Musim Sejuk Ke-9 Tahun 2025", dengan 7 acara yang sudah melabuhkan tirainya termasuk luncur ais trek pendek, luncur ais figura, luncur ais laju, hoki ais lelaki, hoki ais wanita, curling‌ dan ski alpine.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan