DUNIA > BERITA

Jaringan HSR China Sepanjang 47,000 Kilometer Kini Beroperasi

27/12/2024 03:39 PM

BEIJING 27 Dis (Bernama-CMG) -- Panjang keseluruhan jalan kereta api yang berada dalam operasi di China mencatat kira-kira 162,000  kilometer setakat ini, menurut maklumat sidang kerja kebangsaan China tentang penyeliaan dan pengurusan landasan kereta api di sini pada Khamis.

Antaranya, jaringan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) mencecah 47,000 kilometer, manakala jaringan kereta api di peringkat daerah melebihi 25,000 kilometer. 

Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Landasan Kereta Api Kebangsaan China Fei Dongbin berkata pelaburan aset tentang landasan kereta api dijangka melebihi RMB800 bilion (RM490.85 bilion) di negara ini sepanjang 2024, dengan merangkumi laluan baharu kira-kira 3,000 kilometer termasuk kira-kira 2,300 kilometer landasan HSR.

"Peningkatan jumlah penghantaran penumpang dan kargo dengan kereta api kekal stabil. Pencapaian baharu yang dilakar dalam pembangunan yang berkualiti tinggi dalam sektor jalan kereta api, merupakan tonggak kepada ekonomi China yang terus pulih ke arah yang kondusif.

"Jumlah penghantaran penumpang dijangka mencatat 4.3 bilion orang sepanjang 2024, yang menyaksikan peningkatan 11.7% tahun ke tahun; manakala jumlah penghantaran kargo menokok 5.18 bilion tan, naik kira-kira 3% tahun ke tahun," kata Fei.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan