DUNIA > BERITA

Indonesia Kekalkan Pengeluaran Beras Stabil Meskipun Hadapi Cabaran El Nino

30/12/2024 11:44 PM

JAKARTA, 30 Dis (Bernama-Xinhua) -- Indonesia berjaya mengekalkan tahap pengeluaran beras hampir setanding dengan tahun lepas meskipun menghadapi kemarau berbulan-bulan akibat fenomena El Nino, kata seorang menteri pada Isnin, lapor Xinhua. 

Menteri Pertanian Indonesia Andi Amran Sulaiman berkata pengeluaran beras negara itu mencecah hampir 31 juta tan menjelang akhir tahun ini.

"Tahun ini, pengeluaran beras melebihi 30 juta tan, hanya 500,000 tan kurang daripada pengeluaran tahun lepas," katanya di kementerian itu.

Menteri itu menyatakan bahawa Indonesia menghadapi kedua-dua fenomena cuaca La Nina dan El Nino di kawasan pengeluar beras utama, dengan keadaan ekstrem ini menyebabkan kemarau dan banjir yang berpanjangan.

Beras, makanan ruji bagi kebanyakan penduduk Indonesia yang berjumlah lebih 280 juta, kekal sebagai produk pertanian penting. Terdahulu, menteri itu mengunjurkan pengeluaran beras negara meningkat kepada 32 juta tan, tahap yang mencukupi untuk menghentikan import komoditi itu. 

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan